PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR BIL MA'THUR DAN TAFSIR BIL RA'YI SERTA PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR DALAM DUNIA ISLAM

KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU

(Terengganu College of Al-Quran)

KOD & NAMA KURSUS:
QIQ1233 PENGANTAR ILMU AL QURAN

TAJUK TUGASAN:
PERBANDINGAN ANTARA TAFSIR BIL MA'THUR DAN TAFSIR BIL RA'YI SERTA PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR DALAM DUNIA ISLAM

NAMA PENSYARAH:
USTAZAH RASHIDAH BINTI ASHAARY

NAMA PELAJAR:

MUHAMMAD HARITH ALHARATH BIN ALGHAZALI (B2500612) 

ARIF FIRDAUS BIN ABU MANSOR AL MAHYUDIN (B2500624)

MUHAMMAD ANAS BIN AZHAR (B2500609)

MUHAMMAD ZAHIN FIRAS BIN ZAWAWI (B2500644)

AFIQ MU'IZZUDDIN BIN MOHD NORAPIZAL (B2500642)



Pengenalan

Al-Quran bukan sekadar dibaca untuk mendapatkan pahala, tetapi perlu difahami supaya ia juga dapat diamalkan. Ia adalah panduan hidup yang sempurna bagi umat Islam di seluruh dunia. Namun, memahami setiap ayatnya memerlukan panduan yang tepat — di sinilah ilmu tafsir memainkan peranan penting.

Dalam sejarah Islam, ilmu tafsir berkembang melalui pelbagai pendekatan. Dua yang paling utama ialah Tafsir bi al-Ma’thur dan Tafsir bi al-Ra’yi. Kedua-duanya membawa misi yang sama — menjelaskan makna al-Quran — tetapi menggunakan kaedah berbeza.

Apakah itu Ilmu Tafsir ?

"Ilmu yang membahas tentang cara menyampaikan maksud firman Allah S.W.T. yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W., menjelaskan maknanya, serta mengeluarkan hukum-hukum dan hikmah daripadanya." (Imam al-Suyuti, Al-Itqan fi Ulum al-Qur’an, jld. 2, hlm. 174)

Secara mudahnya, ilmu tafsir ialah ilmu untuk memahami Al-Qur’an — bukan sekadar baca, tapi tahu apa maksud ayat, kenapa ia diturunkan, dan bagaimana ia memberi panduan hidup.

Ilmu tafsir ialah ilmu yang membolehkan kita memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, sama ada dari segi bahasa, sebab penurunan ayat, mahupun hukum yang terkandung di dalamnya. Al-Quran sendiri menekankan kepentingan tadabbur supaya manusia tidak hanya membaca, tetapi juga memahami serta mengamalkan isi kandungannya.

Surah Muhammad 47:24

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

"Maka tidakkah mereka mentadabburi al-Quran, ataukah hati mereka telah terkunci?"

Tafsiran Ringkas: Ayat ini menegaskan bahawa manusia dituntut untuk mentadabbur al-Quran. Jika seseorang hanya membacanya tanpa memahami, maka seolah-olah hatinya tertutup daripada petunjuk Allah. Oleh itu, ilmu tafsir berperanan penting untuk membuka makna ayat-ayat Allah dan menjadikan al-Quran benar-benar sebagai panduan hidup.

Sejarah ringkas perkembangan ilmu Tafsir 

Zaman Ciri Utama Tokoh
Zaman Nabi SAW
  • Rasulullah SAW sebagai penafsir pertama al-Qur’an.
  • Menjelaskan ayat yang samar & sulit difahami sahabat.
  • Dalil: Surah An-Nahl ayat 44.
  • Penafsiran baginda berdasarkan wahyu (al-Qur’an & hadis).
Nabi Muhammad SAW
Zaman Sahabat
  • Sahabat belajar terus daripada Rasulullah SAW.
  • Tafsir berpandukan al-Qur’an, hadis & ijtihad.
  • Belum ada penulisan rasmi tafsir kerana bimbang bercampur dengan mushaf.
  • Fokus pada pemahaman bahasa Arab & asbab al-nuzul.
Abu Bakar, Umar, Ali, Ibn Mas‘ud, Ibn ‘Abbas
Zaman Tabi‘in
  • Murid sahabat menyebarkan ilmu tafsir.
  • Pusat ilmu di Makkah, Madinah & Iraq.
  • Terbahagi kepada yang menerima tafsir dengan ijtihad & yang menolaknya.
  • Melahirkan tokoh-tokoh besar dalam bidang tafsir.
Mujahid, Ikrimah, Tawus, Qatadah
Pengumpulan Awal
  • Abad ke-2H tafsir mula dikumpulkan.
  • Pada awalnya tafsir dianggap sebahagian daripada hadis.
  • Proses pengumpulan bermula zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz (99H).
Umar bin Abdul Aziz
Tokoh Mufassir Besar
  • Lahir kitab tafsir agung dengan metodologi berbeza.
  • Ada yang menekankan riwayat (bi al-ma’tsur), ada yang guna ijtihad (bi al-ra’yi).
  • Sebahagian gabungkan kedua-duanya.
  • Karya mereka jadi rujukan utama hingga kini.
At-Tabari (*Jami‘ al-Bayan*),
Ibn Katsir (*Tafsir al-Qur’an al-‘Azim*),
Ibn Abbas (*Turjuman al-Qur’an*),
Asy-Syaukani (*Fath al-Qadir*)
Zaman Kontemporari
  • Muncul pendekatan moden: tafsir maudhu‘i, ilmi, adabi ijtima‘i.
  • Menyentuh isu sosial, budaya, ekonomi, politik & sains.
  • Tafsir jadi lebih komunikatif & relevan dengan masyarakat semasa.
Ulama & mufassir kontemporari

Tafsir bil Ma'thur 

Aspek Huraian
Definisi Tafsir bil ma’thur ialah penafsiran al-Quran berdasarkan riwayat yang sahih, sama ada daripada Rasulullah SAW, para sahabat, atau tabi‘in. Ia menekankan penjelasan makna ayat dengan berpandukan sumber yang sampai melalui sanad.
Sumber Utama
  1. Al-Quran mentafsirkan ayat al-Quran yang lain.
  2. Hadis Nabi SAW yang menjelaskan maksud ayat.
  3. Riwayat para sahabat.
  4. Kata-kata para tabi‘in.
Tokoh Utama
  • Ibnu Jarir al-Tabari
  • Abd al-Razzaq al-San‘ani
  • Ibnu Kathir
  • Al-Baghawi

Tafsir bil Ra'yi

Aspek Huraian
Definisi Tafsir bil ra’yi ialah penafsiran al-Quran menggunakan ijtihad dan pandangan akal yang sihat, berdasarkan kaedah ilmu bahasa Arab, usul fiqh, dan prinsip syarak. Ia bukan semata-mata pendapat bebas, tetapi berasaskan dalil dan disiplin ilmu.
Sumber Utama
  1. Bahasa Arab (nahu, saraf, balaghah).
  2. Kaidah ilmu usul fiqh.
  3. Maqasid al-Syariah.
  4. Dalil akal yang tidak bercanggah dengan nas.
Tokoh Utama
  • Al-Razi (Tafsir al-Kabir)
  • Al-Qurtubi (Al-Jami’ li Ahkam al-Quran)
  • Al-Alusi (Ruh al-Ma‘ani)
  • Al-Zamakhsyari (Al-Kashshaf)

Perbandingan antara kedua-dua pendekatan 

Aspek
Tafsir Bil Ma'thur

Tafsir Bil Ra'yi
Persamaan
  • Kedua-duanya bertujuan memahami maksud Al-Quran.
  • Berfungsi sebagai panduan umat Islam.
  • Digunakan oleh ulama untuk menafsirkan ayat.
  • Memerlukan penguasaan bahasa Arab.
  • Kedua-duanya menguatkan kefahaman tentang syariat Islam.

 Perbezaan           


Tafsir Bil Ma'thur

Tafsir Bil Ra'yi
Definisi Berasaskan riwayat sahih daripada Al-Quran, Hadis, dan atsar sahabat. Berasaskan ijtihad, akal dan pandangan ulama.
Sumber Al-Quran, Hadis Nabi SAW, Sahabat & Tabi’in. Akal fikiran, kaedah bahasa, dan logik berlandaskan syarak.
Kelebihan Tafsir paling selamat kerana bersumber sahih dan asli. Mampu menjawab isu semasa & cabaran moden.
Cabaran Kadang terhad kerana hanya bergantung pada riwayat yang ada. Berisiko salah tafsir jika berlebihan menggunakan akal.
Contoh Tafsir al-Tabari, Tafsir Ibn Kathir. Tafsir al-Razi, Tafsir al-Kashaf.
Tafsir bil ma'thur pertama Kali muncul adalah dalam sejarah khazanah intelektual islam manakala tafsir bir ra'yi pula muncul sebagai sebuah jenis tafsir pada periode akhir pertumbuhan tafsir bil ma'thur sebagai periode awal perkembangan tafsir tersebut.

Tafsir bil Ma’thūr ialah tafsir yang bersumberkan riwayat sahih daripada al-Qur’an, hadis Nabi SAW, perkataan sahabat dan tabi‘in. Contohnya, ayat dalam surah al-Fātiḥah ayat 2: “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam”, ditafsirkan oleh Ibn ‘Abbās bahawa maksud al-‘ālamīn merangkumi semua makhluk ciptaan Allah seperti manusia, jin, malaikat, langit dan bumi.

Tafsir bil Ra’yi pula ialah tafsir berdasarkan ijtihad akal yang terikat dengan syarak, bahasa Arab, dan sebab turunnya ayat. Contohnya, ayat dalam surah al-Baqarah ayat 195: “Dan janganlah kamu campakkan dirimu ke dalam kebinasaan”, ditafsirkan oleh ulama sebagai larangan daripada meninggalkan jihad, bersifat bakhil, atau melakukan perbuatan yang merosakkan diri sendiri.

🌿 Kesimpulannya, kedua-dua pendekatan ini saling melengkapi dalam memahami Al-Quran, dengan syarat berpandukan disiplin ilmu yang benar.

Perkembangan Tafsir mengikut zaman Dan wilayah 


Zaman Wilayah Tokoh Ciri Utama
1. Nabi SAW Makkah & Madinah Nabi Muhammad SAW
  • Penafsir pertama al-Qur’an.
  • Menjelaskan ayat yang samar.
  • Penafsiran berdasarkan wahyu & hadis.
2. Sahabat Hijaz, Kufah, Syam Abu Bakar, Umar, Ali, Ibn Mas‘ud, Ibn Abbas, Ubay bin Ka‘ab
  • Sahabat belajar terus dari Nabi.
  • Tafsir berpandukan Qur’an, hadis & ijtihad.
  • Belum ada kitab tafsir rasmi.
3. Tabi‘in Makkah, Madinah, Iraq Mujahid, Ikrimah, Tawus, Zaid bin Aslam, Qatadah
  • Murid sahabat sebarkan tafsir.
  • Pusat tafsir di Makkah, Madinah & Iraq.
  • Ada yang gunakan ijtihad, ada yang tolak.
4.Pengumpulan & Klasik Baghdad, Syam, Andalus, Mesir At-Tabari, Ibn Katsir, Al-Qurtubi, Fakhruddin al-Razi
  • Tafsir mula dibukukan abad ke-2H.
  • Lahir kitab agung dengan metodologi pelbagai.
  • Menjadi rujukan hingga kini.
5.Pertengahan Khurasan, Syam, Mesir Fakhruddin al-Razi, Al-Baidawi, Az-Zamakhshari
  • Tafsir dipengaruhi falsafah, tasawuf & kalam.
  • Perbincangan bahasa & balaghah lebih mendalam.
6. Kontemporari Mesir & Dunia Arab Muhammad Abduh, Rashid Rida, Sayyid Qutb
  • Tafsir moden dengan isu sosial, politik & sains.
  • Corak tafsir maudhu‘i, ilmi & adabi ijtima‘i.
7. Nusantara Malaysia, Indonesia, Brunei Nawawi al-Bantani, Hamka, JAKIM
  • Tafsir dalam bahasa Melayu untuk masyarakat.
  • Karya penting: Tafsir al-Munir, Tafsir al-Azhar, Tafsir Pimpinan ar-Rahman.
  • Fokus fiqh, akhlak & pendidikan.

Rumusan Dan Refleksi Peribadi 

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ilmu tafsir amatlah penting kepada umat islam bagi memahami maksud sebenar ayat Al-Quran serta menjelaskan hukum hakam yang terdapat dalam Al-Quran.Selain itu,ilmu taksir juga dapat Membimbing umat Islam agar tidak tersalah faham atau menyeleweng dalam memahami isi kandungan Al-Quran dan menjawab syubahat atau keraguan yang ditimbulkan oleh orang yang tersalah tafsir al-quran.selai itu,ilmu tafsir dapat didefinisikan sebagau ilmu yang membahaskan tentang maksud firman ALLAH swt bukan sekadar membaca tetapi mengetahui apa maksud ayat,kenapa diturunkan ayat tersebut.jika kita lihat daripada perkembangan ilmu tafsir ini telah pon bermula daripada zaman nabi saw. Hal ini dikatakan demikian kerana para sahabat akan berjumpa dengan nabi jika ada ayat al quran yang sulit difahami oleh sahabat manakala sesudahnya kewafatan nabi saw para sahabat meneruskan ilmu tafsir ini melalui hadis dan ijtihab nabi saw.hal ini kerana dizaman itu masih belum ada sahabat yang menulis berkaitan dengan tafsir kerana ditakuti bercampur dengan mushaf.pengumpulan awal ilmu tafsir bermula pada abad ke 2H yang dilakukan pada zaman khalifah umar bin abdul aziz.pada era zaman kontempori ilmu tafsir muncul dalam bentuk yang lebih modern yang menyentuh isu social,budaya,ekonomidan politik.hal ini supaya ilmu tafsir menjadi relevan dengan masyarakat semasa.
           Tafsir bil ma’thur jika dilihat dari segi definisi adalah penafsiran al quran berdasarkn Riwayat yang sahih.hal ini kerana sumber utama tafsir ini adalah hadis nabi saw, Riwayat para sahabat dan tafsiran ayat yang lain bagi menguatkan dalil ayat tersebut. Manakala tafsir bil ra’yi pula adalah berdasarkan ijtihad dan pandangan akal yang sihat yang diambil dari sumber ilmu usul fiqh dan dalil akal yang tidak bercangah dengan nas. Meskipun begitu,kedua-dua tafsir ini adalah untuk membantu umat islam untuk memahami alquran,menjadi paduan hidup dan menguatkan kefahaman tentang syariat islam.
            Kesimpulannya,ilmu tafsir merupakan ilmu yang penting kepada umat islam sebagai panduan kepada menyelesaikan masalah yang berkaitan hukum hakam allah agar kita tidak melakukan keselahan di dalam kehidupan harian kita

Senarai Rujukan

  • Imam al-Suyuti, Al-Itqan fi Ulum al-Qur’an
  • Kitab cara mudah memahami Al Quran 
  • Al Quran (surah Muhammad ayat 47:24)
  • https://www.scribd.com/presentation/476368023/TAFSIR-BIL-MA-THUR-TAFSIR-BIL-RA-YI
  • https://repository.uin-suska.ac.id/31176/1/muatan%20aplikatif.pdf?utm_source=.com

Ulasan